Powered By Blogger

sza agency s25

Isnin, 16 November 2009

CEO MESSAGE


KERJA ATAU PERNIAGAAN
pekerja mencari dan bekerja.....dan ianya dinamakan''pekerjaan'',sebaliknya,
majikan memiliki dan menjalankan ''perniagaan'', melakukan pekerjaan dan menjalankan perniagaan adalah aktiviti komersial yang meningkatkan nilai sesuatu usaha komersial itu.Bagaimanapun,kedua-duanya adalah berbeza dari perspektif individu.''Miskin''sentiasa bekerja manakala''kaya''sentiasa menjalankan perniagaan.
jika anda memiliki sejumlah wang untuk memulakan
kedai runcit,adakah anda akan melakukannya?Dari
perspektif pekerja,membuka kedai runcit bermakna
anda tidak perlu bekerja di bawah terik mentari atau dibasahi hujan.Anda boleh menghabiskan waktu anda duduk dimeja,membaca akhbar,berbual bersama pelanggan,membersihkan rak dan menukar peragaan barangan runcit anda.Mudah bukan.Tambahan pula anda boleh mendapat wang daripada pekerjaan ini; hidup memang mudah dan berbaloi!.Kenapa tidak anda ambil wang tersebut dan buka kedai runcit.
Tetapi jika anda berfikir sejenak dengan lebih mendalam,apabila anda memulakan perniagaan kedai runcit,anda tidak boleh memiliki restoran,kedai buku kedai fesyen,kedai kasut atau lain-lain kedai atau gedung.Rumusannya,anda kehilangan peluang untuk melakukan kerja lain yang boleh menghasilkan wang untuk anda.Berapa lamakah kehidupan kita dibumi ini?Oleh itu,kita seharusnya berhati-hati semasa proses memilih laluan kerjaya tertentu yang boleh memberi kita lebih kekayaan dan gaya hidup yang lebih baik.
Jika kita mengubah perspektif kita untuk menjalankan perniagaan,anda bukan sekadar perlu mempertimbangkan kemudahan melaksanakan kerja tersebut atau pendapatan yang boleh anda perolehi semata-mata.Anda mula menerokai dan menilai potensi dan ruang untuk perkembangan perniagaan dan pasaran anda.
Membuka kedai runcit memang sesuai jika anda benar-benar ingin memilikinya.Tetapi apa yang lebih penting adalah mengetahui apakah perspektif yang akan anda junjung apabila anda membuka kedai tersebut.Jika anda hanya menganggapnya sebagai suatu pekerjaan,maka ianya akan menjadi pekerjaan yang dilakukan secara rutin setiap hari.Jika anda menjunjung perspektif untuk menjalankannya sebagai suatu perniagaan; anda akan merancang,menyusun strategi dan melabur lagi untuk memperbesarkan kedai runcit anda dan secara beransur-ansur mengembangkan perniagaan anda menjadi rangkaian kedai di seluruh negara.Maka pekerjaan harian anda membawa anda satu langkah lebih hampir ke arah kedai besar atau rangkaian kedai di seluruh negara.
Anda akan menjadi ushawan kerana menjalankan perniagaan.anda akan sentiasa mencari peluang untuk mengembangkan kedai runcit anda.Karekter perniagaan anda akan berubah sealiran dengan perubahan pasaran dan memenuhi permintaan pelanggan anda.Fokus,komitmen dan ketahanan anda akhirnya akan memboina asas yang amat teguh,reputasi anda diiktiraf atau mencipta jenama dikenali untuk rangkaian lebih besar anda.Oleh itu, jenama yang anda cipta kini menjadi aset ketara kepada perniagaan anda dan nilainya sentiasa meningkat dari masa ke semasa.
Ejen dan pemimpin agensi yang saya hormati,adakah anda hanya melakukan pekerjkaan anda atau menjalankan perniagaan di dalam perniagaan insurans anda?
Jika minda anda kekal hanya melakukan kerja,secara amnya pandangan kebanyakan masyarakat yang miskin; anda akan mendapati bahawa anda memerlukan lebih banyak tenaga dan fokus untuk setiap isu kecil,seperti pertikaian dengan pelanggan dan rakan sekerja di dalam tenaga agensi anda.
Kita sering melihat pengurus agensi memberikan terlalu banyak tenaga dan fokus untuk mengurus pertikaian kecil di dalam tenaga agensi mereka;mereka kelihatan seperti tidak mempunyai masa yang cukup untuk membina empayar perniagaan mereka.Untuk pengurus agensi sebegitu,mereka bukan menjalankan perniagaan tetapi hanya sekadar melakukan kerja mereka; pegun dengan semua aktiviti mereka tertumpu kepada perkara kecil.
Menjual insurans hayat menawarkan potensi besar tanpa sempadan.Ianya bergantung kepada cara anda melakukannya;sama ada anda melakukan sebagai kerja atau menjalankannya sebagai perniagaan.Jika anda menjalankan sebagai perniagaan; anda akan mendapati ia mempunyai kekayaan yang tiada hadnya!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan