Powered By Blogger

sza agency s25

Selasa, 3 November 2009

Berfikir adalah Langkah pertama yang Baik

saudara sudah tentu sering kali mendengar lagu ini:

jika kau fikirkan kau boleh,
kau hampir boleh melakukan,
jika kau fikir kau ragu-ragu,
usahamu tidak menentu.

jika kau fikirkan kemenangan,
kau hampiri kejayaan,
jika kau fikirkan kekalahan,
kau hampiri kegagalan.

Engkaulah apa kau fikirkan,
terkandung dalam pemikiran,
Berfikir boleh melakukan,
engkau boleh.

apa yang terkandung dalam lagu ini? ya,saudara menghampiri
kerjayaan apabila saudara membayangkan saudara orang yang
berjaya.Imaginasi kejayaan penting sebagai langkah pertama
menuju kejayaan.setiap kali saudara berfikir sebagai juara,
saudara sudah pun hampir menjadi juara.

Begitulah dalam pengurusan kerja seharian,saudara mesti
sentiasa bekerja seperti juara.Bagaimana?Dengan berfikir
seperti juara.Bayangkan saudara seorang juara setiap kali
membentangkan kertas kensep saudara.Bayangkan saudara
seorang juara semasa beruding dengan pelanggan atau rakan kongsi.
Bayangkan saudara seorang juara semasa mengagihkan tugasan kepada
orang lain.Bayangkan saudara seorang juara semasa memerhatikan kerja rakan-rakan
saudara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan